Kenali ARBA Foundation

ARBA International Waqf (L) Foundation (ARBA Foundation) merupakan sebuah yayasan waqaf patuh Syariah yang berdaftar di Wilayah Persekutuan Labuan di bawah Labuan Islamic Financial Services Securities Act 2010 dengan nombor pendaftaran LAF00399-(I).  

Misi ARBA Foundation adalah untuk menghentikan kitaran kemiskinan dalam satu generasi.

Kanak-kanak yang membesar dalam kalangan keluarga berpendapatan rendah kurang mendapat makanan berkhasiat, akses kepada pendidikan berkualiti dan membesar dalam suasana serba kekurangan.

Ini menyebabkan ramai dalam kalangan kanak-kanak ini mengalami kebantutan pertumbuhan fizikal dan kognitif, tercicir daripada pendidikan dan terus terperangkap di dalam kemiskinan.

Masalah-masalah ini boleh diselesaikan.

Dengan berteraskan data dan teknologi (data & tech), ARBA Foundation membangunkan projek-projek intervensi dengan memfokuskan kepada aspek kewangan, kesihatan dan pendidikan dalam usaha mewujudkan masa depan yang lebih baik bagi kanak-kanak di dalam keluarga-keluarga berpendapatan rendah.

Tiga pendekatan utama projek-projek ARBA Foundation ialah:

  1. Bantuan wang tunai (Cash Assistance)
  2. Pengukuran perkembangan (Progress Tracking)
  3. Komitmen jangka masa panjang (Long-term Commitment) 

 

Pengasas, pemegang amanah dan pasukan pengurusan ARBA Foundation terdiri daripada tokoh korporat dan individu-individu yang berpengalaman di dalam pelbagai bidang profesional, keusahawanan dan filantropi.

Pengasas

Pemegang Amanah

Penggerak

Hubungi Kami