Projek-projek ARBA Foundation adalah berasaskan analisa data & penyelidikan. Ini membantu akar masalah dikenalpasti dengan tepat dan projek yang diperkenalkan sesuai dengan sosio-budaya masyarakat setempat.
Dana
Bagi merealisasikan projek yang telah dirangka, platform pengumpulan dana digital dibangunkan bagi tujuan perolehan dana daripada masyarakat umum, institusi kerajaan, entiti perniagaan, sektor korporat tempatan & antarabangsa.
Projek
Projek-projek ARBA Foundation digerakkan dengan kolaborasi bersama institusi penyelidikan seperti universiti dan pertubuhan masyarakat setempat dengan penumpuan diberikan kepada aspek pengukuran impak sosial.
Projek Susu Ibu
Ramai bayi miskin terpaksa minum air kosong & susu pekat manis yang dicairkan. Ini berbahaya. Sepatutnya bayi minum susu ibu.
Imaginasi anak-anak kecil adalah sangat luas tiada sempadan. Apabila mereka dihadkan ruang imaginasi mereka, perkembangan minda mereka tidak optimum. Apabila anak-anak kecil dibacakan buku kepada mereka, minda mereka mula berimaginasi dan berkembang dengan baik.