ARBA Foundation merupakan sebuah yayasan waqaf patuh Syariah yang berdaftar di Wilayah Persekutuan Labuan di bawah Labuan Islamic Financial Services Securities Act 2010 dengan nombor pendaftaran LAF00399-(I).
ARBA Foundation adalah sebuah yayasan yang bekerja memperkasa dunia filantropi dan kebajikan dengan data dan teknologi bagi menghasilkan impak sosial tertinggi. ARBA Foundation juga menjunjung nilai tata kelola yang baik (good governance) dan akauntabiliti dalam melaksanakan projek-projek kebajikan dan sosial.
Di samping melaksanakan projek-projek kebajikan dan sosial, ARBA Foundation turut memberikan tumpuan kepada aktiviti memberikan sokongan berupa latihan pengurusan keusahawanan dan infrastruktur data & teknologi kepada badan bukan kerajaan (NGO), syarikat keusahawanan sosial dan syarikat perusahaan kecil dan sederhana.
Penggerak ARBA Foundation dianggotai oleh tokoh korporat dan mereka-mereka yang berpengalaman dalam pelbagai bidang profesional, keusahawanan dan filantropi.