504 babies funded
out of 500 babies 100%

Masih Ramai Bayi Mangsa Kemiskinan

UNICEF Melaporkan 1/5 Kanak-kanak Terbantut di Malaysia

Kanak-kanak ini Terperangkap di dalam Kitaran Kemiskinan.

Bantu Bayi Miskin Mendapatkan Susu Ibu

500 bayi miskin disasarkan mendapat susu ibu sekurang-kurangnya dalam tempoh 3 bulan pertama kelahiran. Fasa pertama projek ini memberikan tumpuan kepada bayi-bayi yang bakal dilahirkan dalam tempoh bulan Julai – September 2019 di kawasan Lembah Klang.

RM500 diperlukan untuk membantu setiap seorang bayi mendapatkan susu ibu. Bagi membantu 500 orang bayi, sebanyak RM250,000 diperlukan. Sumbangan dana bagi projek ini akan tamat pada hari terakhir Ramadan 2019.

Tidak seperti yang lain, 100% dana yang anda sumbangkan akan digunakan khas untuk projek ini. Sumbangan anda tidak digunakan untuk kos operasi ARBA Foundation.

 

MASALAH UTAMA

Ada satu masalah yang ramai tak perasan.

Seorang daripada lima kanak-kanak di Malaysia membesar dalam keadaan terbantut dan kurang zat akibat kemiskinan. Ini menjejaskan pertumbuhan otak dan tubuh badan mereka.

Jika masalah ini tidak diselesaikan dengan segera, anak-anak ini akan mengalami masalah kesukaran belajar di sekolah. Menurut kajian, anak-anak ini tidak mampu memahami dan memproses maklumat yang diajarkan di dalam kelas dengan baik.

Kesannya, anak-anak ini hilang minat untuk ke sekolah. Keciciran daripada sekolah menyebabkan mereka terperangkap dalam kitaran kemiskinan. Buat selamanya.

Terdapat DUA punca akar masalah ini berlaku.

1. Kesedaran: kurang kesedaran tentang cara pemakanan sihat.
2. Kemiskinan : tiada wang untuk membeli makanan sihat.

Projek ‘Susu Ibu untuk Bayi Miskin’ ini memfokuskan kepada dua akar masalah tersebut.


SOLUSI

Kami turun ke padang.

Kami jumpa ramai ibu yang terpaksa memberikan bayi mereka minum air kosong atau susu pekat manis yang dicairkan. Bahkan, ada yang terpaksa memberikan air teh ‘o’.

Sebenarnya susu ibu bukan sahaja merupakan formulasi makanan terbaik untuk bayi sehingga berusia 6 bulan, malah merupakan benteng pertahanan pertama sebelum bayi mendapatkan imunisasi yang lengkap.

Namun atas faktor kekurangan ilmu dan teknik penyusuan yang tidak tepat, sebahagian besar ibu-ibu tersebut sukar menghasilkan susu.

Oleh itu sokongan untuk memulakan dan meneruskan penyusuan adalah penting.

Setelah berulang kali berbincang dan mendapatkan input daripada para doktor, pakar susu ibu, pakar pemakanan sihat, persatuan-persatuan pembimbing penyusuan susu ibu dan para aktivis masyarakat yang bergelumang dengan golongan miskin sepenuh masa;

Bayi miskin ini dapat dibantu dengan

1. Bimbingan penyusuan oleh pembimbing penyusuan selama 3 bulan.
2. Bantuan makanan sihat sebanyak RM100 sebulan selama 2 bulan.


KAEDAH BANTUAN

Sasaran : 500 Ibu miskin yang bakal melahirkan anak mulai bulan Julai 2019 di kawasan Lembah Klang.
Tempoh bantuan : 1 Julai – 31 Disember 2019

1. Bulan pertama : Satu sesi bimbingan secara fizikal oleh pembimbing penyusuan untuk ibu yang bakal bersalin dalam jangka masa kurang 1 bulan untuk persiapan kesihatan fizikal dan mental. Ibu tersebut juga mendapat akses untuk berhubung dengan pembimbing penyusuan melalui panggilan telefon dan mesej sepanjang tempoh sebulan itu.

2. Bulan kedua : Satu sesi bimbingan secara fizikal oleh pembimbing penyusuan sejurus selepas ibu tersebut melahirkan anaknya tentang cara menyusukan anak dengan betul. Bantuan pemakanan sihat bernilai RM100 juga akan diberikan pada bulan kedua ini. Ibu tersebut juga mendapat akses untuk berhubung dengan pembimbing penyusuan melalui panggilan telefon dan mesej sepanjang tempoh sebulan itu.

3. Bulan ketiga : Satu sesi bimbingan secara fizikal oleh pembimbing penyusuan untuk ibu bagi membantu ibu tersebut mengatasi cabaran dalam menyusukan anaknya dan mengekalkan momentum penyusuan sehingga usia bayi sekurang-kurangnya 6 bulan. Bantuan pemakanan sihat bernilai RM100 juga akan diberikan pada bulan ketiga ini. Ibu tersebut juga mendapat akses untuk berhubung dengan pembimbing penyusuan melalui panggilan telefon dan mesej sepanjang tempoh sebulan itu.

Pembimbing penyusuan yang dilantik adalah mereka yang berdaftar dan terlatih di bawah Persatuan Sokongan Penyusuan Susu Ibu.


KOS YANG TERLIBAT

3 bulan ibu dan bayi bersama pembimbing penyusuan : RM300
2 bulan bantuan pemakanan sihat : RM200
TOTAL : RM500 / bayi

BAGAIMANA INGIN MENYUMBANG?

Anda boleh menyumbang sebanyak RM500 untuk membantu 1 bayi mendapatkan susu ibu. Ataupun boleh menyumbang jumlah lain serendah RM10 untuk membantu sebahagian daripada keperluan seorang bayi.

SENARAI FUNDRAISER YANG BERSAMA KAMI UNTUK PROJEK INI

Farah Lee
Dr Putri Afzan
Hilal Asyraf