Bantuan Orang Susah & Sakit

Apa Jiran Kita Yang Susah Berbuka Puasa Pada Ramadan Kali Ini?

Di saat kita enak berbuka, ada jiran kita di flat PPR di depan rumah sana yang kelaparan. Berdasarkan statistik, lebih 50% rakyat Malaysia bekerja sendiri. Gaji mereka, gaji hari. Di waktu PKP ini, mereka hilang punca pendapatan. Tambah teruk, simpanan mereka hanya kurang dari satu bulan. Mereka kebanyakannya penjaja kecil & miskin bandar.

Mereka adalah jiran terdekat kita yang perlu dibantu. Sudah berkeluarga. Ada anak-anak yang perlu ditanggung. Kami di ARBA Foundation berhasrat membantu golongan ini pada Ramadan kali ini. Bantuan adalah dalam bentuk ‘cash transfer’ untuk belian barang dapur.

Team ARBA Foundation sedang bekerja keras untuk menyaring setiap penerima bantuan bagi memastikan bantuan sampai kepada keluarga yang betul-betul memerlukan.

Daripada Zaid bin Khalid, bahawasanya Rasulullah SAW bersabda:

“Siapa yang memberi makan orang yang berpuasa, maka baginya pahala seumpamanya, tanpa sedikit pun mengurangi pahala orang berpuasa.”

Riwayat Ahmad, al-Tarmizi dan al-Baihaqi

Pilih nilai sumbangan

Taja sebuah keluarga barang dapur untuk berbuka puasa di bulan Ramadan. Nilai tajaan adalah anggaran untuk 1 hari, 1 minggu dan 1 bulan.